RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2014

Shell Advance Asia Talent Cup 2014 : Pelumba Negara Sedia Sambut Cabaran!

Program pencarian bakat pelumba negara-negara Asia anjuran Shell Advance dan Dorna Sport S.L kini semakin hampir dengan tarikh pembukaan tirainya. Shell Advance Asia Talent Cup 2014 atau ATC merupakan satu lagi platform penting buat para pelumba muda yang ingin meneruskan karier mereka di dunia perlumbaan yang bertaraf antarabangsa.

Sessi pemilihan para pelumba ini telah diadakan pada 14 dan 15 Oktober tahun lalu yang melibatkan lebih daripada 100 orang pelumba muda dari serantau Asia hadir mencuba nasib. Mereka dinilai dari segi kemahiran mengendalikan motosikal dan kepantasan catatan masa oleh para penilai bakat yang diketuai oleh Alberto Puig, salah seorang yang bertanggung jawab memperkenalkan dunia kepada pelumba hebat seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa.

“Daripada sessi pemilihan itu, seramai 22 pelumba telah berjaya dipilih untuk perlumbaan musim pertama, enam daripadanya adalah wakil negara. Mereka kini sedang bersedia untuk menjalani sessi latihan yang akan dijalankan di Aragon, Sepanyol pada 17 - 20 Februari nanti. Kita amat berharap dengan usaha Shell dan rakan-rakan penaja lain akan berjaya melahirkan para pelumba bertaraf dunia dari Asia,” kata En. Koh Kar Tai, Pengurus Jenama Global, Shell Advance.

Perlumbaan pertama akan diadakan di Litar Qatar pada 19-23 Mac nanti dan para pelumba yang menggalas cabaran pasukan Malaysia di ATC ialah Nazirul Izzat Muhd Bahauddin, Muhd Shafiq Rasol, Muhd Adam Mohd Norrodin, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Muhd Shafiq Ezzariq.

“Saya mula menunggang motosikal ketika berumur tujuh tahun dengan mesin pocket bike dan menyertai perlumbaan cup prix ketika berumur 13 tahun bermula dengan kelas Honda Icon, Wira dan CP115. Sememangnya ia adalah satu kebanggaan untuk mewakili negara dan peluang terbaik untuk melihat persaingan pelumba di luar negara, pastinya saya akan memberikan cabaran demi pasukan negara,” kata Fakhrusy, 18 tahun dari Johor Bahru.

Rakannya, Adam, 16 tahun memulakan langkahnya dalam dunia perlumbaan seawal umur tujuh tahun dengan menyertai saingan motocross, menjadi Juara Keseluruhan Kejuaraan SIC AAM Junior Motocross ketika berumur sembilan tahun. Pernah menghadiri kem pembangunan pelumba motocross di Amerika Syarikat dan membuktikan keupayaannya dengan menjadi juara Supermoto Kelas Terbuka 200cc selama dua tahun berturut-turut.

Dua lagi pelumba berbakat ialah Syafiq Rasol (18 tahun) dan Mohd Helmi, pelumba termuda dalam pasukan negara yang masih berumur 14 tahun juga cukup yakin dan bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kedudukan podium tertinggi. Sebagai peminat dunia motosikal, kita juga pastinya akan terus menyokong segala usaha yang dilakukan demi meningkatkan prestasi pelumba-pelumba tempatan agar berjaya di persada dunia. RR

Isu Pada

Februari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.