RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2014

KL Bike Week 2013 Gamit Lebih Ramai Pengunjung!

KL Bike Week merupakan acara tahunan khusus untuk para pencinta motosikal yang telah diperkenalkan sejak tahun 2008 lagi. Dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Red Garage dengan kerjasama Tourism Malaysia turut mendapat sokongan daripada beberapa syarikat yang berkaitan dengan dunia permotoran tempatan seperti Aprilia, Victory Motorcycles, Ducati, dan Harley Davidson.

1..2...Makan!!!
1..2...Makan!!!


Acara yang diadakan sepanjang dua hari iaitu pada 20 dan 21 Disember lalu memang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik antaranya pameran berbagai jenis motosikal, konsert, gerai-gerai pakaian dan aksesori, pertandingan motosikal cantik, sessi bersama pelumba negara Hafizh Syahrin, Sunset Ride bersama pelakon Awie, pertandingan makan burger dan banyak lagi.

Choppoers Free Ride Gang memeriahkan KL Bike Week
Choppoers Free Ride Gang memeriahkan KL Bike Week


Antara ruang pameran yang mendapat sambutan hangat ialah di tapak pameran Victory Motorcycle yang baru dilancarkan. Beberapa model hebat seperti Victory Vision Tour, Vegas 8-Ball, Jackpot berjaya menarik perhatian. Bersebelahan dengan Victory, model-model hebat Aprilia seperti RSV4 dan Caponord menghiasai ruang pameran dengan bergaya sekali.


Ini juga masanya untuk para bikers yang hadir mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan motor baru dan lama untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Tiada sempadan manusia di sini, semuanya bersaudara tidak kira penunggang chopper, easyrider, dual purpose, streetbike, sportbike malah pemilik moped sekali pun. RR

Isu Pada

Februari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.