RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Jun 2023

Adakah Minyak Sintetik Membocorkan Enjin Saya?

Salah satu buah percakapan antara pengguna motosikal ialah, "Taknaklah sintetik. Bocor pula enjin saya kang." Atau dalam perkataan lain, "leaking" (bukan "licking" yer... "licking" bermaksud menjilat).

Anggapan ini merupakan sebuah MITOS semata-semata.

Minyak enjin sintetik penuh, bermula dengan yang bagi enjin kereta, mula memasukki pasaran pada awal abad 1980an.

1. Minyak sintetik mempunyai molekul-molekul yang lebih halus dan bersaiz sekata

Ini kerana ia diperbuat daripada bahan yang bukan petroleum galian. Terdapat berbagai bahan di dalam petroleum dan akan tertinggal saki-baki bahan-bahan ini walaupun ia sudah disuling. Ada molekul yang kecil, ada yang sederhana, dan ada yang besar.

Molekul-molekul yang tidak sekata akan menyumbat segala ceruk di dalam enjin, termasuklah tempat atau gasket yang sebenarnya telah bocor. Jadi apabila minyak sintetik digunakan, ia akan melalui bahagian-bahagian yang bocor tadi.

2. Minyak mineral ketika itu sering menyebabkan mendapan (sludge)

Ia berupa gel yang sangat melekat. Tetapi mendapan ini juga menyumbat bahagian-bahagian enjin yang telah bocor.

Sebaliknya, minyak sintetik mempunyai ciri pembersihan yang amat baik dan akan membersihkan enapan tersebut dan membongkarkan bahagian yang bocor. Jadi, ini bukan salah minyak sintetik penuh itu, tetapi kerana ada bahagian enjin atau gasket yang telah bocor. Sebuah enjin, walaupun sudah berusia, tidak sepatutnya bocor jika diselenggara dengan baik.

Ya, anda boleh gunakan minyak sintetik penuh dengan yakin kerana minyak enjin yang baharu telah diuji oleh API untuk kesesuaian kepada gasket enjin. Dalam maksud lain, ia tidak makan gasket.

Gred API SN yang terbaharu pula dirumuskan untuk mengurangkan lagi kemungkinan pembentukan enapan berbanding dengan gred API yang sebelumnya. 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.