RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2019

Modenas Power Store Diperkenalkan

Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) telah merasmikan Modenas Power Store iaitu sebuah pusat pameran yang menyediakan perkhidmatan 3S seperti Khidmat Jualan, Servis dan Alat Ganti khusus untuk pemilik model jalanan seperti Modenas Pulsar dan Dominar. Bilik pameran 3S yang beroperasi di Sunsuria Avenue, Kota Damansara ini juga menawarkan perkhidmatan kerja pembaikan, servis dan aksesori original yang didapati dari seluruh rantau ASEAN.

Majlis perasmian Modenas Power Store telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Modenas, En. Roslan Roskan dan ditemani oleh Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Ltd, En. Sameer Deshpande.

“Dengan perlaksanaan pusat servis 3S ini, ia bukan hanya menambahbaik proses pembelian tetapi juga memberikan pengalaman serba baru kepada para pelanggan Modenas seperti perancangan kewangan, proses pembelian, alat ganti tulen, sesi tunggangan uji serta pembaikan jentera yang dilakukan oleh para mekanik yang berkemahiran tinggi,” ujar En. Roslan.

Untuk keselesaan para pelanggan, Modenas Power Store memiliki senireka dalaman yang moden, luas dan menyegarkan. Ruang servis juga disusun dengan kemas agar persekitaran kerja sentiasa selesa dan selamat. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.