RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Julai 2023

Yamaha Ego Gear Lebih Segar Dengan Warna Serba Baru

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd memaklumkan warna terbaru untuk model automatik EGO Gear iaitu Kuning, Biru dan Hijau. Dengan pengenalan ini, Yamaha EGO Gear pastinya tampak lebih menarik dan menyeronokkan. Lampu hazard pula didatangkan sebagai ciri keselamatan tambahan untuk kemudahan penunggang apabila dalam situasi kecemasan.

Hijau.
Hijau.
Kuning.
Kuning.

EGO Gear merupakan antara model yang diminati ramai disebabkan karaktornya yang mantap, praktikal dan menawan. Selain itu, pakej lampu-lampu LED menjadikan tunggangan pada waktu malam amat memuaskan hati. Lampu hazard pula didatangkan sebagai ciri keselamatan tambahan.

Yamaha EGO Gear disempurnakan dengan enjin 125cc silinder tunggal, SOHC, 4 lejang, sistem pentyejuk udara yang memiliki hantaran kuasa 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm.

Biru.
Biru.
Kuning.
Kuning.

Harga asas untuk Yamaha EGO Gear baru ialah RM5,998 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian akan menerima pengunci brek cakera yang bernilai RM100. Sila kunjungi pusat pengedar rasmi Yamaha yang berhampiran dengan anda! RR


 

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.