RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2023

Suzuki Raider R150Fi Hadir Dalam 2 Warna Terbaru

Suzuki Malaysia mengumumkan pengenalan kepada dua warna terbaru untuk model Raider R150Fi iaitu Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey. Dengan penawaran prestasi yang cukup mantap dan reka bentuk yang padu serta warna lebih garang, Raider R150Fi dijangka terus menambat hati pencinta motosikal di Malaysia.

1. Bright Ivory/Titan Black: Padanan menarik Bright Ivory dan Titan Black membawa aura eksklusif dan moden kepada Raider R150Fi. Penampilan yang kemas dan elegan pasti menyerlahkan lagi jentera ini sewaktu berada di jalan raya.

Bright Ivory/Titan Black.
Bright Ivory/Titan Black.

2. Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey: Mengenengahkan tema ‘sporty’ dan sentuhan gaya bandar yang menyerlahkan lagi karaktor Raider R150Fi yang berani dan dinamik.

Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.
Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.

Suzuki Raider R150Fi disempurnakan dengan enjin berprestasi tinggi bersesaran 147cc Twincam 4-Valve DOHC yang istem penyejuk cecair yang memiliki kuasa hantaran 13.6kW pada 10,500rpm dan tork 13.8Nm pada 8,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik Suzuki Raider R150Fi:

  • Sistem suntikan bahan api - menawarkan kecekapan bahan api yang optimal dengan Suzuki Eco Performance (SEP) untuk tindak balas pendikit lebih lancar, dan pelepasan emisi yang berkurangan
  • Rekabentuk Aerodinamik
  • Brek depan dan belakang jenis cakera
  • Kerangka Suzuki Advance Twin-Spar yang bertegaran tinggi
  • sistem penyerap hentak yang mantap

Suzuki Raider R150Fi baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Malaysia di seluruh negara. Harga jualan untuk sebuah Raider R150Fi varian baharu ini ialah RM8,838.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

Untuk maklumat lanjut mengenai Suzuki Raider R150Fi dengan varian warna baharu yang menarik ini, sila lawati pengedar sah Suzuki atau laman web Suzuki Malaysia di www.suzuki.com.my. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.