RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Ogos 2023

Prototaip Triumph Daytona 660 Dijumpai sedang Diuji

"Daytona" merupakan sebuah nama yang amat penting buat jenama motosikal UK, Triumph. Namun, Triumph tidak berapa  cenderung untuk menghasilkan model sportbike tersebut kerana mereka melihat segmen sportbike yang telah menjadi kurang popular berbanding dengan motosikal-motosikal adventure serta naked. Oleh itu, mereka hanya menghasilkan Daytona 765 Moto2 edisi terhad kali terakhirnya pada 2019. Tetapi nampaknya Daytona akan kembali apabila prototaipnya diintip sedang menjalankan ujian jalanan.

Namun ia bukanlah Daytona 765, sebaliknya ia Daytona 660. Itu merupakan enjin tiga silinder yang digunakan di dalam model Tiger Sport 660 dan Trident 660. Enjin 765cc yang digunakan oleh model Street Triple 765 RS menghasilkan 128hp dan 80Nm, manakala enjin 660cc pula 81hp dan 64Nm. Angka-angka prestasi ini akan meletakkan Daytona 660 sebagai sportbike tahap masukan (entry level) dan juga sebagai "sportbike harian," seperti Yamaha YZF-R7 yang berkongsi enjin dengan MT-07, Honda CBR650R, Kawasaki Ninja 650, Suzuki GSX-8S. Enjin kesemua model ini menghasilkan di antara 70-80hp.

Gambar-gambar intipan ini menunjukkan rekabentuk lampu depan yang tajam dan menarik, seperti juga Tiger Sport 660. Terdapat juga gambar yang menampakkan panel meter TFT yang seperti terdapat pada Tiger Sport 660, berbanding dengan jenis bulat pada Trident 660.

Posisi menunggangnya juga kelihatan lebih santai berbanding dengan model Daytona yang lebih sporty. Fork depannya merupakan Showa SFF (Separate Function Fork) jenis terbalik dan monoshok belakang yang boleh dilaras prabeban spring.

Bagi pengetahuan anda, top box yang dipasang di belakng motosikal diisi dengan peralatan elektronik bagi merakan segala data hasil ujian.

Kami bersama penggemar-penggemar Triumph yang lain sangat mengalu-ngalukan kedatangan model ini!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.