RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Ogos 2023

KTM 390 Duke (2024) Serba Baharu Dilancarkan

Banjaran KTM Duke sudah sinonim dengan segi prestasi enjin, pengendalian, teknologi dan rekabentuk. Model KTM 390 Duke pula merupakan antara model yang paling popular di kalangan model-model yang dibina di kilang mereka yang bertempat di India, melalui kerjasama dengan Bajaj. Oleh itu, padanlah KTM melancarkan model KTM 390 Duke (2024) baru-baru ini.

Rekabentuk versi terkini ini mengambil beberapa inspirasi daripada "Abang"-nya KTM 890 Duke R. Ekor serta "sayap" di tepi tangki hampir mirip model yang lebih besar. Tetapi pembaharuannya bukannya hanya sekadar rekabentuk, malah hampir seluruh motosikal. Lampu depannya juga merupakan unit yang serba baharu.

Kerangkanya (frem) dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian utama yang digunakan untuk mengikat komponen-komponen utama seperti enjin, tangki, fork depan, dan lain-lain masih diperbuat daripada keluli, tetapi frem belakang yang boleh ditanggalkan diperbuat daripada aluminium. KTM berkata frem utama yang baharu ini telah ditala untuk menahan daya sudut dengan lebih baik agar ia memberikan tindakbalas casis depan yang lebih baik. Dimensi dan sudut pengikat fork juga dirombak semula agar ia memberikan lebih kestabilan serta keyakinan kepada penunggang.

Frem baharu ini dipadankan kepada sebuah lengan ayun melengkung yang baharu. Ia diperbuat daripada aluminium dan bukan lagi keluli. Oleh itu, monoshok belakang dipasang pada posisi yang lebih optimum bagi membolehkan pemasangan sebuah kotak udara yang lebih besar, serta mengurangkan ketinggian pelana.

Fork depan merupakan WP APEX Open Cartridge 43mm enis terbalik, dengan monoshok WP APEX Emulsion yang boleh dilaras prabeban di belakang.

Seperti biasa, KTM 390 Duke (2024) dilengkapi dengan ciri-ciri elektronik yang terbaharu termasuklah mod tunggangan Supermoto ABS, STREET dan RAIN. Tambah lagi, ia juga dilengkapi dengan mod TRACK buat kali pertamanya untuk motosikal di bawah 500cc. Penunggang boleh menggunakan ciri Launch Control (kawalan permulaan) dengan mod ini. Terdapat sebuah skrin TFT 5-inci dengan pautan telefon pintar. Pemilik juga boleh memasang ciri Quickshifter+ yang ditawarkan sebagai pilihan tambahan. Sistem kawalan cengkamannya (traction control) juga diperbaharui dengan ciri Cornering MTC (Motorcycle Traction Control) yang berpandukan kepada sudut mereng motosikal.

Enjin silinder tunggalnya juga dipertingkatkan kepada 399cc sekarang dan telah dirombak semula secara keseluruhannya dengan kepala silinder dan kotak gear yang baharu. Enjin baharu ini juga lulus piawaian emisi EURO 5.2 yang amat ketat. Ia sekarang dikenali sebagai LC4c.

Bila ia akan sampai ke Malaysia dan harganya? Teruskan bersama kami.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.