RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 September 2023

Suzuki GSX-8R Bakal Dilancarkan?

Suzuki bakal kehilangan banjaran motosikal sportbike mereka setelah model GSX-R1000R telah diberhentikan produksi. Namun, terdapat dokumen homologasi yang membongkarkan hasrat Suzuki untuk melancarkan sebuah model "sportbike jalanan" yang digelar Suzuki GSX-8R kelak.

Dokumen tersebut juga memberikan perincian yang ia akan berasaskan model naked Suzuki GSX-8S daripada segi enjin, kerangka, suspensi dan brek. Sudah ada beberapa pembuat motosikal yang melakukan demikian seperti Yamaha R7 (berasaskan MT-07), Honda CBR650R (berasaskan CB650F), dan RS 660 (yang dikongsi bersama Tuono 660).

Namun, model sportbike Suzuki ini akan menjadi lebih berat sebanyak 3kg untuk jumlah 205kg disebabkan oleh pemasangan fairing. Jarak rodanya kedua-dua varian sama tetapi ketinggian pelana varian sportbike lebih tinggi. Varian sportbike juga akan menggunakan handel jenis clip-on berbanding dengan jenis biasa.

Mungkin Suzuki GSX-8R ini akan menjadi lebih popular daripada model GSX-R1000R kerana ia menawarkan julat kuasa yang lebih mudah digunakan, serta harga yang lebih marhaen. Kuasa enjinnya meletakkannya sebagai sebuah motosikal sport yang boleh ditunggang saban hari.

(Gambar lakaran oleh Mich Superbike)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.