RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 September 2023

Kerjasama KTM dan Brabus Berakhir dengan Brabus 1300 R Masterpiece Edition

KTM dan Brabus telah melancarkan model ketiga hasil kerjasama mereka, iaitu Brabus 1300 R Masterpiece Edition. Edisi ini merupakan yang terakhir daripada mereka.

Model baharu ini merupakan yang paling eksklusif berbanding dengan dua edisi sebelum ini. Jika 154 unit edisi pertama habis dijual di dalam 2 minit, versi ini akan terjual dengan lebih cepat lagi! Hanya 50 unit sahaja akan dihasilkan, padanlah dengan namanya Masterpiece yang bermaksud "karya agung."

Ia masih berasaskan KTM 1290 Super Duke R Evo, termasuklah enjin V-Twin LC8 1301cc, yang menghasilkan 180hp dan dapat memecutkan motosikal ke 100 km/j dalam hanya 3.2 saat. Projek ini seakan suatu salam perpisahan kerana enjin LC8 ini akan digantikan dengan sebuah yang lebih besar pada tahun depan.

Brabus 1300 R Masterpiece Edition menggunakan suspensi WP yang dimilikki oleh KTM. Suspensi ini merupakan jenis separa akrif elektronik.

Rekabentuk motosikal yang agresif ditambah lagi dengan penggunaan gentian karbon, termasuklah sayap aerodinamik. Kotak kumcinya juga diperbuat daripada bahan dan kuat yang ringan itu. Rim-rimnya merupakan Brabus Monoblock Z "Gold/Platinum" dengan bahagian-bahagian yang digilap menggunakan permata. Pelananya pula merupakan kulit berwarna hitam dengan corak jahitan permata.

Selain daripada itu, terdapat juga kemasan "Frozen Gold" termasuklah nama motosikal yang diukir dengan laser di atas paip ekzos kembar motosikal ini.

KTM/Brabus akan menghasilkan 25 unit yang berwarna "Onyx Black" dan 25 lagi berwarna "Diamond White" untuk jumlah 50 unit keseluruhannya. 

Terdapat banyak lagi item di dalam senarai yang amat panjang. Apapun ia dijual pada harga €41,930 (RM208,347.17) di Jerman. Edisi kedua dijual di Malaysia pada harga RM450,000 dan telah mendapat pembeli ketika berlangsungnya acara perasmian beberapa bulan lepas.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.