RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2023

Honda Skuterama Edisi ke-3 di AEON Mall Tebrau!

Honda Motorcycle Malaysia akan menganjurkan Honda Skuterama edisi yang ke-3 bermula 12hb Oktober hingga 15hb Oktober 2023 di AEON Mall Tebrau, Johor Bahru.

Selepas kejayaan pada edisi yang pertama, Honda Skuterama yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya pada bulan Julai lalu menerima kunjungan duta Honda Motorcycle iaitu Hairul Azreen. Manakala untuk edisi kedua menawarkan keseronokan ke tahap yang baru di KTCC Mall pada 14hb September - 17hb September 2023.

Edisi kedua menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya jualan barangan Honda, pertandingan mewarna, ruangan sudut permainan MotoGP menerusi PS5, "Spot The Difference" yang menguji minda, simulator Riding Trainer dan dinding interaktif "Bersama Honda."

Salah satu aktiviti yang paling meriah pada edisi kedua itu adalah dinding interaktif "Bersama Honda." Dalam aktiviti ini para pengunjung berkongsikan detik-detik paling berharga bersama motosikal Honda dengan menampal nota pelekat dengan kisah-kisah menyentuh hati. Kenangan ini kemudian disiarkan dalam media sosial untuk berkongsikan kegembiraan. Sebagai tanda terima kasih, pihak Honda turut menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Baru-baru ini Honda memperolehi pencapaian "Skuter Terlaris di Malaysia," ini membuktikan mereka sentiasa menawarkan skuter berkualiti tinggi buat para pelanggan setia.

"Kami sangat teruja dengan sambutan yang luar biasa untuk dua edisi Honda Skuterama. Bagi edisi yang ketiga, bakal hadir dengan acara lebih dinamik, menawarkan para pelanggan peluang untuk berhubung dengan jenama kami dan menerima tawaran terbaik daripada Honda," kata Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mr. Mitsuhara Funase. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.