RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2023

Boon Siew Honda Bekerjasama Dengan Berjaya Sompo Insurance - Tawarkan Faedah Insurans Buat Para Pemilik Motosikal di Malaysia

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dan Berjaya Sompo Insurance Berhad (Berjaya Sompo) menjalinkan kerjasama untuk menawarkan dua pakej insurans motosikal komprehensif yang baru khusus buat pemilik motosikal Honda. Dua pakej tersebut merangkumi Honda Impian X Insurance Plan untuk motosikal Honda berkapasiti 250cc dan ke bawah. Manakala Honda BigWing Insurance Plan untuk rangkaian motosikal Honda 251cc ke atas.

Antara ciri-ciri utama termasuk bantuan kecemasan 24 jam beserta perkhidmatan towing di seluruh negara yang meliputi lokasi kawasan kemalangan atau kerosakan ke pusat pengedar Honda Impian X atau Honda BigWing pilihan anda. Perkhidmatan towing secara percuma ini amat berguna buat para penunggang motosikal jika mengalami kecemasan ketika di jalan.

Pakej insurans komprehensif yang baru ini juga turut dilengkapi dengan perlindungan khas untuk bencana alam. Pakej tersebut merangkumi kerosakan atau kehilangan motosikal akibat bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, para penunggang mestilah bersedia menghadapi bencana alam terutama banjir kilat yang melanda negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan.

Honda Impian X Insurance Plan dan Honda BigWing Insurance Plan turut menawarkan manfaat asas termasuk perlindungan berkenaan kerugian kewangan akibat kebakaran, pencurian dan kerosakan secara tidak sengaja kepada kenderaan tertanggung selain daripada perlindungan terhadap tanggungjawab undang-undang pihak ketiga atas kematian dan kecederaan badan serta kerosakan harta benda akibat kelalaian penunggang motosikal. Pemegang polisi juga boleh menaiktaraf perlindungan mereka yang meliputi tanggungjawab undang-undang untuk pembonceng dan tambahan kemalangan peribadi penunggang motosikal.

Kerjasama di antara Boon Siew Honda dan Berjaya Sompo memberikan manfaat buat komuniti peminat motosikal di Malaysia. Ianya bertujuan menyediakan perlindungan insurans yang dipercayai dan komprehensif, perlindungan menyeluruh merangkumi bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan towing secara percuma, kemalangan peribadi percuma yang bernilai RM5,000, pelepasan caj tambahan wajib, liputan buat semua penunggang motosikal dan nilai setuju insurans untuk motosikal Honda.

Kerjasama ini juga merupakan bukti komitmen dari Boon Siew honda utuk menyediakan perlindungan insurans yang berkualiti dan perkhidmatan tambah nilai buat pemilik motosikal Honda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda impian X Insurance Plan dan Honda BigWing insurance Plan, sila kunjungi pusat pengedar sah Honda atau hubungi talian bebas tol BSH di 1-800-88-3993 atau layari laman sesawang http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.