RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Oktober 2023

Ducati Laporkan Jualan Suku Ketiga 2023, Pengurangan 46 Peratus di China

Ducati telah melaporkan jualan motosikal mereka bagi suku ketiga 2023. Ia menunjukkan pengurangan 46 peratus di negara China.

Pembuat motosikal premium daripada Itali itu menunjukkan rekod jualan yang stabil khususnya di dalam segmen touring (jelajah) dan peningkatan permintaan untuk banjaran motosikal sport mereka. Namun, mereka hanya berupaya untuk menjual 2,201 unit di China. Angka ini merupakan pengurangan yang amat mendadak bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.

Terdapat beberapa pembuat tempatan yang gemar meniru gaya motosikal-motosikal Ducati, khususnya model Panigale. Tetapi faktor terbesar ialah kemorosotan ekonomi di China.

Apapun, Ducati mencatatkan penambahan jualan di pasaran dunia yang lain dengan model Multistrada V4 sebagai pemacu jualan. Itali mencatatkan 8,474 unit (naik 2 peratus), 6,704 unit di Amerika Syarikat (naik 2 peratus), 5,764 unit di Jerman (naik 1 peratus). Mereka sebenarnya berjaya menjual 47,867 unit motosikal sehingga suku ketiga tahun ini dan rekod ini menunjukkan pengurangan 4 peratus keseluruhannya.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.