RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 November 2023

Harga Rasmi Triumph Speed 400 & Scrambler 400 Diumumkan. Tempahan sudah dibuka!

Dua buah model yang mendapat reaksi positif di seluruh dunia, Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Triumph Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua model tersebut iaitu RM26,900 untuk model Speed 400 dan RM29,900 bagi model Scrambler 400. Tempahan juga telah dibuka sekarang!

Triumph Speed 400 merupakan sebuah jentera jalanan manakala Scrambler 400 pula teman untuk mengharungi pelbagai jenis jalanan, termasuk laluan-laluan yang sukar. Ia hadir dengan kerangka serba baru yang disambungkan dengan sub-kerangka dan lengan ayun aluminium.Posisi menunggang untuk Speed 400 lebih tegak berbanding Scrambler 400 X tetapi kedua-duanya sesuai untuk tunggangan solo mahupun berdua.

Triumph Scrambler 400.
Triumph Scrambler 400.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model ini disempurnakan dengan enjin 398cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair, DOHC, 4 injap yang berkuasa 39.5bhp pada 8,000rpm dan tork 7.5Nm pada 6,500rpm.

Triumph Scrambler 400
Triumph Scrambler 400
Triumph Speed 400.
Triumph Speed 400.

Antara sistem elektronik yang dipadatkan pada kedua-dua model baru ini ialah sistem pendikit Ride-by-wire, traction control, sistem ABS, port pengecas USB, sistem Torque-Assist Clutch dan sistem Immobiliser. Speed dan Scrambler 400 juga dipadankan dengan lampu-lampu LED bagi memastikan pencahayaan yang cerah dan selamat.

Triumph Speed 400.
Triumph Speed 400.
Triumph Scrambler 400.
Triumph Scrambler 400.
Triumph Speed 400.
Triumph Speed 400.
Triumph Scrambler 400.
Triumph Scrambler 400.

Terdapat tiga warna pilihan untuk model Speed 400 iaitu Carnival Red/Storm Grey, Caspian Blue/Storm Grey dan Phantom Black/Storm Grey. Model Scrambler 400 juga hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Matt Khaki Green/Fusion White, Carnival Red/Phantom Black dan Phantom Black/Silver Ice. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.