RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 November 2023

Konsep Zontes ZT703F dan Zontes ZT703RR Diperkenalkan, Guna Enjin 699cc Tiga Silinder

Zontes telah mula membuat penyelidikan dan pembangunan enjin tiga silinder sejak beberapa tahun dahulu sebelum zaman PKP lagi. Selepas itu, tiada banyak pula berita daripada mereka selain daripada pelancaran skuter ZT350D dan ZT350E beberapa bula lalu.

Berdasarkan lawatan pengarang ini ke kilang mereka pada 2018, Zontes mengambil pendekatan penyelidikan dan pembangunan dalaman. Mereka lebih gemar membuat hampir segala komponen motosikal mereka dengan sendiri daripada mendapatkan komponen-komponen tersebut daripada pembuat yang lain, kecuali satu-dua komponen yang khusus seperti pam ABS, tayar, mentol lampu. Pendekatan ini memberikan mereka peluang untuk mengawal mutu barangan, serta dapat mencari cara pembaikan yang cepat.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa pembangunan enjin baharu ini mengambil masa yang begitu panjang.

Konsep ZT703RR merupakan varian sportbike, manakala ZT703F merupakan jenis adventure-tourer.

Enjin yang baharu ini merupakan jenis tiga silinder selari dengan kapasiti 699cc. Varian ZT703RR dikatakan dapat menghasilkan 110hp pada 11,000 RPM dan tork 75Nm pada 8,000 RPM. Jarak 3,000 RPM yang "luas" di antara tork maksimum dan kuasa maksimum ini akan memberikan daya tujahan ("pikap") yang sentiasa berada di tangan kanan penunggang. Varian ZT703F pula ditala untuk daya tork agar ia dapat membawa lebih banyak muatan dan senang dikendalikan di jalan-jalan lasak (off-road). Oleh itu, enjinnya ditala kepada kuasa maksimum 100hp pada 9,000 RPM dan tork maksimum 85Nm pada 7,200 RPM.

Selain daripada itu, varian sportbike akan menggunakan roda-roda 17-inci, manakala varian adventure tersebut akan menggunakan roda 21-inci di depan dan 18-inci di belakang.

Segalanya berpaut kepada kerangka aluminium, termasuklah lengan ayun aluminium.

Sama-sama kita tunggukan kemunculan model-model ini kelak!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.