RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Disember 2023

Pemandu Langgar Motosikal Dinaiki 4 Beranak Didenda RM6,000

Kuala Lumpur – Seorang pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular di media sosial melanggar empat beranak yang sedang menaiki motosikal di Lebuhraya Besraya didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Fatin Dayana Jalil.

Kredit video: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit video: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut dan butiran kesalahan direkodkan pada lesen memandunya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang memakai baju hitam, didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuhraya Besraya dari arah Sungai Besi ke Balakong di sini, pada jam 12.30 tengahari, 12 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan kerana tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.

“Saya bukan orang sini, jadi saya tidak arif dengan selok-belok jalan di lokasi kejadian.

“Saya juga tidak melarikan diri atau meninggalkan mangsa di situ, sebaliknya terus hantar mereka ke hospital bersama saksi,” katanya.

Fatin Dayana kemudiannya menasihati pesalah muda ini supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memandu.

Semalam, tular satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan memaparkan motosikal dinaiki dua dewasa bersama dua kanak-kanak dihimpit sebuah kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.

Hasil siasatan polis mendapati kesemua mangsa yang berusia di antara lima dan 34 tahun cedera ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. RR


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.