RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Disember 2023

Ducati Bersedia untuk Motocross Itali 2024

Ducati sudah sinonim dengan jentera-jentera jalanan yang berprestasi tinggi tetapi mereka sekarang bergiat untuk menyediakan jentera motocross mereka bagi Kejohanan Motocross Itali 2024.

Projek ini telah diumumkan dua bulan lepas, tetapi Ducati sebenarnya telah membangunkan sebuah jentera motocross 450cc sejak dua tahun yang lalu. Apapun, motosikal ini akan ditunggang oleh juara motocross dunia sembilan kali, Toni Cairoli dan juara motocross Itali sembila kali, Alessandro Lupino. Ducati juga telah melancarkan video acah baru-baru ini yang menunjukkan motosikal itu beraksi di atas litar motocross. Mereka juga mengumumkan 21 - 23 Januari sebagai tarikh pelancaran motosikal serta pasukan baharu ini.

Enjin untuk motosikal motocross ini berupa jenis silinder tunggal, 450cc, tetapi turut menggunakan sistem injap Desmo (desmodromic) yang sinonim dengan Ducati. Ia dikatakan dapat memberikan julat kuasa yang amat "luas". Ingat, Ducati baharu sahaja melancarkan Hypermotard Mono yang menggunakan enjin silinder tunggal.

Nampaknya Ducati tidak mahu dunia motocross dikuasai oleh KTM, Husqvarna dan GasGas sahaja. Sama-sama kita nantikan pelancaran model daripada Itali ini kelak. 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.