RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Januari 2024

Pelajar Tingkatan 6 Maut Malam Pada Tahun Baru

MELAKA – Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal yang dia tunggang bergesel dengan motosikal rakannya ketika berlumba di Jalan Tun Abdul Razak, pada semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Chiristopher Patit berkata, polis menerima maklumat kemalangan kira-kira pukul 4.40 pagi di kaunter Aduan Trafik Melaka Tengah.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah jejambat Kota Cemerlang menuju ke arah Lampu Isyarat Taman Muzaffar Shah.

“Mangsa tiba-tiba menukar ke lorong kanan untuk memintas motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang rakannya yang juga pelajar sekolah lain berusia 17 tahun sebelum kedua-duanya bergesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan raya, manakala rakannya sempat mengawal motosikal dan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kita telah merakam percakapan rakannya bagi membantu siasatan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” ujarnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.