RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2024

Akibat Kejang Kaki, Kereta Rempuh Stesen Minyak

Ipoh: Disebabkan kekejangan kaki, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang warga emas dari Switzerland telah hilang kawalan lalu merempuh ruangan serbaneka di sebuah stesen minyak yang beroperasi di Taman Canning, semalam.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kereta yang berusia 77 tahun itu sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun mengalami kekejangan di kaki kanan menyebabkan kenderaan dipandu meluncur laju dan merempuh dinding kaca premis tersebut.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Kereta berkenaan turut melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR milik pemandu syarikat penghantaran yang diletakkan di hadapan kedai.

“Dalam kejadian itu, seorang wanita yang berada di dalam premis berkenaan cedera di kaki kanan,” ujar beliau.

Tambah beliau, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.