RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Januari 2024

Mekanisma naik taraf lesen B2 kepada B Penuh diperhalusi – Mungkin umur 35 tahun dan ke Atas

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mencari mekanisme untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan menaik taraf lesen menunggang motosikal bagi Kelas B2 kepada B penuh secara automatik, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara mekanisme yang dipertimbangkan adalah tempoh masa memiliki lesen Kelas B2 dan had umur yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Saya berpandangan perlu ada tahap, ia mesti melalui tempoh tertentu dan saya fikir yang terbaik ialah dari segi pemegangan tempoh lesen Kelas B2 itu sendiri.

"Sesi libat urus kali ini bukan untuk membuat keputusan tetapi kita dengar dan bincang dengan (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) ada di sini, kita carilah mekanisme untuk mempercepatkan kelulusan menaik taraf itu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan berkaitan cadangan menaik taraf lesen Kelas B2 kepada B penuh secara automatik pada sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi Kelas B2 kepada B, secara automatik akan dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar, berkata langkah itu boleh menyebabkan sistem pengambilan lesen kenderaan di negara ini dilihat mundur kerana ia membabitkan kompetensi seseorang penunggang.

Ditanya had umur yang sesuai untuk membenarkan lesen terbabit dinaik taraf secara automatik, Ahmad Zahid berkata, antara dipertimbangkan ialah pada usia 35 tahun.

Sementara itu, Loke memaklumkan keputusan untuk menaik taraf lesen Kelas B2 kepada B penuh tidak mudah kerana statistik JSPT menunjukkan jumlah mangsa kemalangan raya membabitkan golongan terbabit adalah dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.

"Kita lihat data, kalau mereka yang baru dapat lesen B2 diberi lesen B, dia akan bertindak sewenang-wenangnya, kalau berumur sedikit mungkin lebih berpengalaman selain ada tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya," katanya. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.