RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Januari 2024

Sanggup Jual Motor Demi Piala Asia 2023..Balik Malaysia dapat motor baru

Pengorbanan 'abang rambut perang', Derrick Gan menjual motosikalnya untuk mendapatkan dana bagi menyaksikan Piala Asia 2023 terbalas selepas dia menerima jentera baharu dari jenama motosikal tempatan, MODENAS.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook MODENAS yang dikongsikan daripada hantaran sebuah stesen radio swasta tempatan, Derrick menerima motosikal itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

"Alhamdulillah rezeki buat @derrickganjr terima motor dari @modenas.malaysia.

"Derrick, teruskan support dan jadi pemain ke 12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!," demikian menurut hantaran stesen radio swasta tempatan itu.

Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.

Cerita di sebalik air mata di bumi Doha itu yang menjentik emosi penyokong bola sepak negara sebenarnya lebih mengagumkan selepas penyokong itu menjadi tular.

Derric Gan membuktikan kesetiaannya buat pasukan negara.
Derric Gan membuktikan kesetiaannya buat pasukan negara.

Berdasarkan maklumat yang ketika ini menjadi topik hangat diperkatakan, penyokong dikenali sebagai Derrick Gan itu sebenarnya melakukan pengorbanan besar untuk menyaksikan perjuangan skuad negara di Piala Asia 2023.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Derrick mengambil keputusan melepaskan motosikalnya pada harga RM4,500 untuk mencari dana bagi membolehkannya terbang ke Qatar.

Malah, Derrick dijangka menerima lebih banyak motosikal selepas pemain negara, Faisal Halim turut berhasrat menghadiahkan motosikal baharu kepada pemuda terbabit.

Menerusi satu maklumat daripada pengguna laman Instagram iaitu Danial Mazalan, individu itu mencari Derrick untuk menghadiahkan motosikal baharu selepas Derrick menjual motosikalnya bagi mendapatkan dana ke Qatar. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.