RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Januari 2024

2024 - Tahun untuk Motosikal Di Dalam Filem Wayang

Kami ada ramai kenalan yang bukan sahaja menggemari motosikal tetapi juga gaya hidup motosikal. Antara aktivi yang mereka gemari ialah menonton filem dan wayang di mana motosikal turut memainkan peranan watak dalam filem-filem tersebut. Filem-filem lama seperti The Great Escape, Easy Rider serta wayang yang agak baharu seperti Harley-Davidson and The Marlboro Man, Speed 2: Cruise Control, Terminator 2, Fled, Biker Boyz, Wild Hogs, Matrix: Reloaded, francais Mission: Impossible serta dokumentari Why We Ride juga berada di dalam koleksi mereka. Kesemua filem ini dikeluarkan pada tahun-tahun yang lain, tetapi kami ada berita baik kerana akan terdapat banyak filem yang ada motosikal akan dilancarkan pada 2024.

  1. Jackdraw membuka tirai 2024 pada 26 Januari. Ceritanya berkisar tentang Jack Dawson yang merupakan seorang veteran askar dan juara motocross.
  2. Ia diikuti oleh sebuah filem aksi-komedi Argylle. Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Heny Cavill (Superman, The Witcher), Sam Rockwell (bintang lagenda), Sameul L. Jackson (siapa yang tak kenal dia???), Bryan Cranston (Breaking Bad), dan penyanyi pop Dua Lipa. Ia diarah oleh Matthew Vaughn (Kick-Ass, Kingsmen). Motosikal yang akan digunakan di dalam filem ini dikatakan sebagai sebuah MV Agusta.
  3. Furiosa: A Mad Max Saga. Ceritanya berkisar mengenai asal-usul Furiosa. Wataknya dipegang oleh Anya-Taylor Joy (Queen's Gambit) bersama Chris Hemsworth (Thor) kali ini. Pembuat filem ini berkata mereka akan menggunakan lebih banyak motosikal untuk aksi ngeri kali ini. Ia akan dilancarkan pada bulan Mei.
  4. Bikeriders, sebuah filem mengenai sebuah geng motosikal dongeng di abad ke-60an di bandar Chicago. Ia dibintangi oleh Austin (Elvis) Butler dan Tom Hardy (yang juga penggemar motosikal secara peribadi). Semua akti menunggang motosikal di dalam filem ini dibuat oleh pelakon sendiri. Para pengkritik berkata ia merupakan filem gaya hidup motosikal yang terbaik setakat ini.
  5. Bahagian ketiga untuk anti-hero, Deadpool 3, akan dilancarkan pada bulan Julai. Bintang utama, Ryan Reynolds merupakan seorang penggemar tegar kepada motosikal dan kita dapat melihat motosikal Ducati Panigale di dalam bahagian satu. Deadpool akan berganding dengan Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Mereka dilihat menunggang motosikal Triumph Scrambler.
  6. Malangnya bahagian kedua untuk Mission: Impossible Dead Reckoning hanya akan ditayangkan pada Febuari tahun depan. Tom Cruise yang sering beraksi ngeri di dalam francais ini akan melompat sebuah motosikal motocross di pergunungan Norway.

Filem yang mana satu yang anda gemar?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.