RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Februari 2024

Kemalangan lori dengan Empat buah kenderaan. Dua disahkan maut!

KAJANG: Dua individu maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Medan Masria susur ke Lebuhraya Grand Saga, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata kemalangan berlaku pada jam 4.45 petang itu telah membabitkan sebuah lori dengan empat kereta.

Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Batu 9, di sini.

"Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat Medan Masria, lori terbabit disyaki mengalami masalah brek dan melanggar empat kenderaan di hadapannya sebelum terbabas ke lereng bukit di susur ke Lebuhraya Grand Saga," katanya dalam kenyataan.

Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang pemandu kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Seorang penumpang kereta yang parah pula dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan. Kedua-dua mangsa terbabit masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 50-an dan 60-an."

"Tiga pemandu kenderaan lain pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar beliau.

Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Beliau turut menambah bahawa pemandu lori berusia 40-an itu yang mengalami cedera ringan ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan."

Terdahulu, kemalangan itu tular selepas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis berhampiran lokasi kejadian dimuat naik di media sosial, sejak semalam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.