RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2024

Ayuh Warga Sabah & Berdekatan Ke Karnival Aveta Borneo 2024 Hujung Minggu ini!

Aveta Malaysia dengan bangga mengumumkan karnival pertama mereka "Karnival Aveta Borneo 2024" yang bakal berlangsung pada 25hb Februari 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang di Golden Centre Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Karnival ini bertujuan untuk menyajikan acara yang cemerlang dan memperkenalkan yang terbaik dari Aveta.

Para pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang karnival tersebut. Antara aktiviti tersebut seperti sesi test ride jentera Aveta, pertandingan tunggang motosikal perlahan, pertandingan dorong motosikal dan pertandingan teka kunci.

Selain itu, terdapat juga konvoi motosikal Aveta manakala pertandingan Custom Bike Show akan dipertandingkan kepada dua kategori seperti:

  • Aveta Ranger 110 Kustom Terbaik
  • Motosikal Aveta Kustom Terbaik

Untuk hibran pula, kumpulan muzik tempatan, SawadeeKrapp Jam tampil membuat persembahan secara langsung bagi memeriahkan tapak acara. Peniaga tempatan berpeluang mencari pendapatan untuk membuka gerai jualan seperti makanan dan minuman serta aksesori motosikal di Karnival Aveta Borneo. Manakala hadiah cabuat bertuah menanti para pengunjung yang bertuah.

Sebagai promosi, pihak Aveta juga menawarkan kepada pembeli baru Ranger Max Explorer akan menerima Baju grafik, Keychain, beg Dry Fit dan beg Kanvas. Dengan pembelian tersebut, pemilik berpeluang menyertai acara cabutan bertuah istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

"Setiap kali kami memuat naik sesuatu tetang motosikal Aveta di media sosial, mesti ada seseorang yang bertanya jika motosikal Aveta tersedia di Sabah. Kami mendengar dan perhatikan permintaan mereka. Saya bangga bahawa kami mendengar permintaan pelanggan kami dan sentiasa berusaha untuk menawarkan apa yang mereka mahu. Karnival Aveta Borneo merupakan aktiviti pertama yang dirancang untuk penyokong di Sabah. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.