RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Februari 2024

Penunggang Motosikal Melambung Tinggi di Rempuh Kereta

Batu Pahat, Johor - Seorang penunggang motosikal melambung setinggi tiang elektrik selepas dirempuh sebuah kereta berhampiran Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong Semalam. Mangsa berumur 58 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) maut di lokasi kejadian.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sebuah kereta Toyota Vios yang dari arah Muar gagal memotong kenderaan lain sebelum merempuh mangsa dari hadapan.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu mangsa melambung dan tercampak ke dalam parit. Mangsa cedera parah di bahagian dada dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa yang beralamat di Merlimau, Melaka kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat.

Pemandu kereta yang berumur 24 tahun itu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

Polis masih menjalankan siasatan, kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.