RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2024

Ducati Malaysia memperkenalkan 'Waranti Kilang Ever Red' 3 Tahun

Ducati Malaysia, peneraju dalam dunia motosikal premium memperkenalkan Waranti Kilang 'Ever Red' iaitu waranti kilang komprehensif selama 3 Tahun yang direka secara eksklusif untuk pemilik Ducati. Waranti Kilang tersedia buat para pelanggan dengan pembelian semua model Ducati bermula dari 1 Mac 2024.

Pelancaran 'Waranti Kilang Ever Red' merupakan satu langkah penting dalam komitmen Ducati untuk memberi sokongan dan ketenangan minda buat para pelanggan mereka dan menetapkan piawaian terbaru dalam industri motosikal.

Ciri-ciri utama 'Waranti Kilang Ever Red' termasuk:

  • Khusus untuk Pemilik Ducati: Waranti selama 3 tahun ini direka khas oleh Ducati Malaysia untuk memberikan manfaat dan sokongan terbaik buat para pelanggan.
  • Jarak Perjalanan Tanpa Had: Bagi mengiktiraf semangat pengembara Ducati, 'Waranti Kilang Ever Red' ini didatangkan dengan jarak perjalanan tanpa had. Ini membolehkan para pemilik Ducati di Malaysia dapat menerokai pelbagai destinasi tanpa batasan dan kerisauan
  • Ketenangan Minda: Ducati Malaysia dengan berbesar hati melanjutkan waranti luar biasa ini selama 3 tahun, menekankan keyakinan jenama dari segi kualiti dan ketahanan setiap jentera dengan penggunaan eksklusif Alat Ganti Tulen Ducati.

En. Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, mengungkapkan semangat beliau tentang Waranti Kilang Ever Red: "Di Ducati Malaysia, kami komited memberi perkhidmatan terbaik buat komuniti Ducati tempatan dan memastikan bahawa pelanggan kami menikmati perjalanan tanpa kebimbangan.

Faedah Tambahan program 'Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun':

1. Model baru Ducati dan Scrambler tahun 2024: Dari barisan Panigale V4S hingga model Scrambler Next-Gen, jaminan ini meliputi rangkaian luas model Ducati Malaysia 2024 bermula dari 1 Mac 2024 seterusnya.

2. Waranti Pindahan: Apabila ditandakan pada nombor casis, 'Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun' ini boleh dipindahkan pemilik berikutnya dalam tempoh tiga tahun. Ini meningkatkan nilai jualan semula atau 'resale value' motosikal Ducati di Malaysia.

Dengan menyediakan perlindungan komprehensif, waranti ini pastinya mengurangkan kos pemilikan dengan ketara. Ducati Malaysia menjemput para peminat motosikal di seluruh negara untuk menerokai 'Waranti Kilang Ever Red' yang diadakan untuk kepuasan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang model Ducati dan 'Waranti Kilang Ever Red' ini, lawati pusat pengedar Ducati di seluruh negara atau 'follow' Ducati Malaysia di saluran Facebook dan Instagram. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.