RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mac 2024

Petugas KKM Nyaris Maut, Ambulans Masuk Gaung

Seorang petugas Kementerian Kesihatan (KKM) nyaris maut sejurus ambulans dipandu terjunam ke dalam gaung sedalam 3.5 meter di Kilometer 52, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Rasa, di sini.

Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, lelaki berusia lingkungan 30-an itu hanya mengalami luka di siku kanan.

Difahamkan, ketika kemalangan tiada pesakit berada di dalam ambulans berkenaan.

Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Rasa ke Klinik Kesihatan Kalumpang.

"Setibanya di lokasi kejadian, pemandu ambulans disyaki hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam dalam gaung.

"Siasatan lanjut mendapati lokasi kemalangan berhampiran dengan lintasan kereta api," katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Faizal berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Rasa untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).