RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Disember 2023

Retromania Autoshow 2023 - Himpunkan Pelbagai Jentera Retro

Buat julung kalinya Retromania Autoshow 2023 telah diadakan di Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 4hb – 5hb November lalu selepas acara ini bertempat di kawasan terbuka di Pantai Morib, Banting sejak 2013 sehingga 2019.

Acara sebegini turut memberi peluang buat para peminat dua roda yang ingin mempromosikan kelab masing-masing. Selain itu, bagi mereka yang mengambil gerai promosi menawarkan perkhidmatan seperti menjual barangan menunggang, aksesori motosikal, alat ganti, baju T, topi keledar dan macam-macam lagi dengan tawaran harga yang cukup menarik sekali.

Penganjuran ini juga merupakan salah satu platform buat mereka yang ingin berkumpul beramai-ramai untuk berkongsikan pengalaman masing-masing di bawah satu bumbung tentang bermotosikal serta berjumpa dengan rakan-rakan dari pelbagai negeri.

Deruman enjin dari pelbagai jenama motosikal memeriahkan suasana di sekitar MAEPS. Sememangnya cuaca yang panas terik tidak menghalang ribuan pemilik motosikal retro mahupun moden yang datang dari seluruh Malaysia dengan berkonvoi secara beramai-ramai atau solo ke acara Retromania. Aliran trafik ke tapak penganjuran dikawal dengan cukup teratur oleh para petugas.

Pada kali ini para pengunjung yang hadir perlu membeli tiket bagi mereka yang ingin memasuki ruangan Dewan A dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik termasuklah E-Bike & Motosikal. Dewan ini menempatkan pameran dan autoshow untuk motosikal dan kereta retro. Pengunjung juga dapat melihat barisan basikal retro BMX yang cukup menarik sekali. Selain itu gerai jualan di dalam dewan menawarkan barangan seperti aksesori motosikal, topi keledar, konsep lifestyle, minyak pelincir dan pelbagai lagi.

Manakala di luar dewan pula terdapat gerai-gerai makanan/minuman, jualan pasar karat serta aksesori dan alat ganti retro yang menanti para pengunjung. Terdapat juga ruangan menunggang uji motosikal buat mereka yang ingin merasa jentera-jentera terkini dari Kawasaki.

Aktiviti-aktiviti lain yang terdapat di Retromania 2023 antaranya himpunan motosikal retro, himpunan Scooter Attack, himpunan RX Family, himpunan Mega Kapcai, himpunan Yamaha Retro Kapcai, himpunan TZR Gathering, himpunan Rockers Semalaya, Rockers Head Banging dan Rockers Fesyen Shows. Turut menampilkan artis jemputan iaitu Ali XPDC dan Hatta Junction hadir memeriahkan acara.

Melengkapkan Retromania Autoshow 2023 dengan acara cabutan hadiah yang ditunggu-tunggu buat para pengunjung. Tahniah kepada saudara Hafizuddin Hamid yang berjaya membawa pulang hadiah berupa Yamaha RX-Z Catalayzer.

Retromania pada tahun ini menutup tirainya dengan kenangan indah di kalangan peminat-peminat motosikal dari seluruh Malaysia. Semoga acara edisi kedua belas pada tahun hadapan mendapat sokongan yang lebih meriah. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.