RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 April 2024

Castrol Tawar Program Insurans Percuma Buat Penunggang Motosikal

Castrol dengan bangganya telah memperkenalkan satu inisiatif khas buat penunggang motosikal iaitu "Program Insurans Percuma". Melalui program ini mengukuhkan lagi komitmen Castrol terhadap keselamatan penunggang motosikal melalui perlindungan peribadi yang komprehensif.

Program yang dibangunkan ini dengan kerjasama MCIS Life (penyedia insurans terkemuka), Zensung (penyedia platform kewangan) dan Bank Standard Chartered (rakan perbenkan Castrol) dapat menawarkan ketenangan minda buat para penunggang motosikal. Untuk menyertai program ini, pemilik perlu membeli minyak pelincir Castrol Activ atau Castrol Activ Essential dari pusat pengedar atau bengkel Castrol yang sah atau kedai dalam talian Castrol yang rasmi. Dengan pembelian produk tersebut, secara automatik akan melayakkan pengguna untuk mendapatkan perlindungan insurans percuma.

Di bawah merupakan proses permohonan Program Insurans Percuma oleh Castrol:

  1. Beli Castrol Activ atau Castrol Activ Essential daripada kedai Castrol yang sah atau kedai e-dagang rasmi Castrol.
  2. Selepas membuat pembelian, imbas kod QR kedai yang mengambil bahagian ataupun guna kod yang disertakan semasa membuat pembelian atas talian
  3. Muat naik resit pembelian dan berikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email melalui portal Castrol Protect, yang dikuasakan oleh MCIS Life dan Zensung.

Perlindungan dan Manfaat
Dalam masa beberapa minit sahaja polisi insurans akan dikeluarkan dengan memberikan perlindungan selama sebulan untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat daripada kemalangan yang berjumlah sehingga RM4,000 dan perbelanjaan pengebumian sehingga RM1,000 dengan jumlah secara keseluruhan RM5,000. Penunggang motosikal boleh memegang sehingga tiga polisi aktif dalam satu masa untuk memaksimumkan perlindungan mereka.

"Di Castrol, kami amat komited untuk menawarkan produk dan pengalaman terbaik buat penunggang motosikal. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MCIS Life, Zensung dan Bank Standard Chartered untuk menyediakan perlindungan percuma kepada para pelanggan kami yang setia," kata Naib Presiden Castrol AsPac, En. Mike Zhang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.