RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 April 2024

Seorang Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Atas Kecuaian Orang Lain

TEMERLOH – Semalam tular satu video daripada kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang menunjukkan satu kemalangan yang berlaku di antara sebuah motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 dan pacuan empat roda.

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlanggar belakang sebuah kenderaan 4x4 yang berhenti mengejut kerana mengelak seorang wanita yang berada di lorong kanan lebuhraya di Kilometer 98.6 LPT 1 arah timur semalam.

Mangsa yang berumur 34 tahun merupakan seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan, punca kemalangan berlaku disebabkan tindakan seorang wanita yang memandu kenderaan SUV berhenti di bahu jalan sebelum melintas ke kanan lebuhraya.

Tangkap layar video dari papan pemuka sebuah kenderaan yang menunjukkan seorang wanita melintas di lebuhraya.
Tangkap layar video dari papan pemuka sebuah kenderaan yang menunjukkan seorang wanita melintas di lebuhraya.

Disebabkan perlakuan yang tidak bertanggungjawap itu menyebabkan sebuah pacuan empat roda membrek secara mengejut untuk mengelaknya sebelum sebuah motosikal datang dari arah belakang merempuh belakang kenderaan tersebut.

Oleh itu, penunggang motosikal terjatuh di lorong kanan lebuhraya manakala motosikal mangsa tercampak di atas kenderaan 4x4 tersebut.

Susulan kejadian itu, satu tangkapan dibuat terhadap seorang wanita berusia 35 tahun yang merupakan pemandu SUV itu semalam. Manakala seorang lelaki warga China yang merupakan penumpang kenderaan tersebut turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.