RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mei 2024

Peraturan Baru MotoGP Bermula Musim 2027 - Kapasiti Enjin Dikurangkan Kepada 850cc

MotoGP bakal mengenakan peraturan baru bermula musim 2027. Setiap pasukan pengilang dan satelit perlu mematuhi peraturan yang baru bagi memastikan sukan Kejuaraan Dunia ini lebih selamat.

Kapasiti enjin akan dikurangkan daripada 1000cc kepada 850cc untuk mengurangkan kelajuan tertinggi serta meningkatkan perbatuan suapaya enjin lebih efisien dan mampan. Manakala bore maksimum pula berkurangan daripada 81mm kepada 75mm sekaligus menghadkan prestasi enjin seperti jentera jalan raya, namum masih mengekalkan ciri-ciri jentera MotoGP.

Bilangan maksimum enjin yang dibenarkan juga untuk semusim dikurangkan daripada tujuh keapada enam.

Kesemua jentera MotoGP akan menggunakan 100% bahan api mampan berbanding musim ini hanya 40% sahaja. Manakala kapasiti bahan api menjadi 20 liter daripada 22 liter. Pelumba pula hanya dibenarkan untuk menggunakan 11 liter dalam perlumbaan Tissot Sprint.

Bermula 2027, peraturan aerodinamik akan menjadi lebih ketat. Lebar aero fairing hadapan (600mm) akan menjadi 50mm lebih sempit (550mm) supaya lebih banyak aksi pintas memintas berlaku semasa perlumbaan berlangsung.

Aero di bahagian belakang penunggang akan menjadi sebahagian homologasi bermula 2027. Ini bermakna, setiap pasukan hanya dibenarkan mengemas kini bahagian tersebut sekali sahaja setiap musim.

Motogp mengharamkan penggunaan peranti Ride-Height dan Holeshot pada musim 2027. Tujuan tersebut bagi memastikan perlumbaan MotoGP ini lebih selamat buat para pelumba. Ia juga memberi kepentingan tentang kemahiran setiap pelumba, sama seperti aero yang bertujuan bagi meningkatkan keupayaan pelumba untuk memintas.

Kesemua data GPS para pelumba akan tersedia buat semua pasukan MotoGP selepas setiap sesi. Penyediaan data kepada semua pesaing menawarkan peluang yang lebih baik untuk terus maju kehadapan terutama buat pasukan dan pelumba yang ketinggalan.

Sistem konsensi yang diperkenalkan pada penghujung musim 2023 akan dikekalkan bagi memastikan persaingan yang lebih seimbang.

Dengan mengumumkan peraturan baru, saingan MotoGP 2027 akan menjadi lebih selamat, lebih mampan dan lebih baik daripada sebelumnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.