RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Mei 2024

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

KUANTAN - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas motosikal ditunggang mangsa terbabit nahas dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Semambu di sini pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Sufi Saharuddin, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kredit Foto: Sinar Harian.
Kredit Foto: Sinar Harian.

Menurutnya, lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, Nissan Navara yang dipandu jurujual penyaman udara itu dalam perjalanan dari sebuah pusat servis kenderaan menghala ke Jalan Haji Ahmad di sini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandunya membelok masuk ke simpang kanan.

"Mangsa yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu terlanggar kenderaan tersebut," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.