RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2018

Benelli Malaysia Terima Pengiktirafan!

Benelli Malaysia telah menerima pengiktirafan yang cukup membanggakan dengan tiga anugerah di Benelli Keeway Global Dealer Conference yang pertama kali diadakan di Villa Castelbarco, Milan, Itali. Anugerah yang telah dimenangi ialah Penjualan Terbaik Global 2017, Jaringan Pengurusan Penjualan Terbaik 2017 dan  Pelancaran Produk Terbaik 2017 untuk motosikal RFS150i.

Benelli Malaysia juga merupakan pemenang terbesar dengan mengungguli tiga daripada 13 anugerah yang dipertandingkan. Seramai 60 pengedar dari Malaysia telah dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah ini dan diberi peluang untuk melawat ruang pameran Benelli di EICMA (Esposizione Internazionale Ciclo Motociclo e Accessori).

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (pengedar tunggal Benelli Malaysia) telah dilantik menjadi pengedar Benelli Malaysia yang baharu semenjak 1 Februari 2017 juga telah melancarkan model mopednya RFS150i. Ini merupakan model moped Benelli yang pertama di dunia.

Berikutnya, syarikat ini melancarkan Adventure Bike TRK502, Sports Bike 302R, Scrambler Leoncino 500 pada tahun ini juga. Antara model-model yang sedia ada, RFS150i mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia, merekodkan peningkatan penjualan yang mendadak sejak pelancarannya.

“Dengan ikhlasnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Benelli Global yang memberi pengiktirafan tertinggi kepada kami dan juga 300 pengedar Benelli yang turut berada di sini dan telah bertungkus lumus mempromosikan jenama motosikal ini,” kata En Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

“Tanpa sumbangan, sokongan para pengedar dan pelanggan adalah mustahil untuk kita memenangi  anugerah-anugerah ini. Kejayaan ini adalah buat semua yang menyayangi Benelli dan ayuh kita teruskan perjuangan ini membawa jenama hebat dari Itali ini ke peringkat yang seterusnya,” tambah En. Asri. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.