RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mei 2024

Malaysia Autoshow 2024 Catat Rekod Nilai Jualan RM1.4 bilion dengan kehadiran 223,876 orang pengunjung.

Malaysia Autoshow edisi ketujuh telah menutup tirainya dengan nilai penjualan melebihi RM1 bilion. Acara tahunan ini adalah anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 21 hingga 26 Mei lalu dengan menampilkan pelbagai jenis kenderaan terbaru di pasaran yang terdiri daripada jentera Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV).

Tengku Datuk Seri Zafrul 'tengah' merasmikan Malaysia Autoshow 2024.
Tengku Datuk Seri Zafrul 'tengah' merasmikan Malaysia Autoshow 2024.

Untuk penganjuran tahun ini, nilai transaksi yang cukup tinggi dengan Pengeluar Peralatan Tulen (OEM) merekodkan potensi jualan sejumlah RM1.4 bilion potensi jualan, 2,620 tempahan kenderaan dan 13,799 petunjuk jualan dikumpulkan.

Malaysia Autoshow tahun ini berjaya mempamerkan lebih 200 jenama dan pengeluar di dewan mega yang berkeluasan 50,000 meter persegi. Berbanding tahun lalu, jumlah kehadiran penonton telah menunjukkan peningkatan 17% iaitu seramai 223,876 orang pelawat.

Pengurus Besar & Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim melancarkan model terbaru Suzuki GSX-8R.
Pengurus Besar & Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim melancarkan model terbaru Suzuki GSX-8R.
Dari kiri: En. Asri Ahmad dari Mforce Bike Holdings, Dato' Sri Amirudin dan En. Azrul Reza Aziz.
Dari kiri: En. Asri Ahmad dari Mforce Bike Holdings, Dato' Sri Amirudin dan En. Azrul Reza Aziz.

Sepanjang tempoh penganjuran, telah berlangsungnya 47 pelancaran produk, menekankan kepercayaan industri terhadap acara ini sebagai platform penting untuk menjangkau pengguna Malaysia dan serantau. Dengan laluan pandu uji lanjutan interaktif dan trek luar jalan 4x4 yang mencabar, pelanggan mengalami sendiri prestasi dan ciri pelbagai model kereta. Sebanyak 6,263 pandu uji untuk kenderaan empat dan dua roda direkodkan.

Perubahan positif paling ketara adalah menerusi paparan model xEV, yang menyumbang 50% daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dipamerkan, sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (NAP2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang menekankan teknologi yang lebih hijau dan lebih cekap.

Sepanjang acara itu, beberapa forum dan sidang kemuncak penting telah berlangsung, termasuk Sidang Kemuncak Automotif Malaysia-China Ke-50, Forum Alam Sekitar Automotif ASIAN (AAEF) ke-13, Anugerah Grand Prix MyMAP 2024, dan acara Forum Perniagaan dan Padanan Perniagaan.

Perhimpunan ini menarik delegasi antarabangsa dari beberapa buah negara seperti Australia, Belgium, England, Indonesia, Jepun, China, dan Korea yang telah memperkayakan pemahaman tentang landskap dunia automotif.

Pihak penganjur turut mengumumkan Malaysia Autoshow akan kembali pada tahun 2025, berpotensi dengan latar yang berbeza dan tema yang lebih berkembang. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.