RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Jun 2024

Miliki Motosikal Keluaran Mforce Lebih Mudah Dengan MOTORLOAN.MY

Motosikal sememangnya sebuah alat perhubungan paling praktikal, paling cepat, paling murah dan paling senang untuk dimiliki. Dengan desakan ekonomi yang kian membimbangkan, ramai di antara kita yang mahu menurunkan kos sara hidup dengan menunggang motosikal untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja.

Namun begitu, tidak semua di antara kita mampu membeli sesebuah motosikal itu secara tunai. Untuk pembelian secara pinjaman (hutang) pula, pembeli akan membuat penilaian tawaran harga dari satu kedai ke kedai-kedai yang lain. Ia agak rumit dan menyusahkan.

CEO SHENMA Credit, En. Joseph Chong.
CEO SHENMA Credit, En. Joseph Chong.

Proses pembelian secara hutang juga bukanlah sesenang yang disangka. Sebelum meluluskan pinjaman, penjual akan memastikan segala dokumen itu lengkap. Agak leceh lebih-lebih lagi buat pelanggan yang amat memerlukan sebuah motosikal pada masa yang singkat.

Untuk memudahkan proses pembelian secara pinjaman, SHENMA Credit Sdn Bhd telah memperkenalkan platform e-dagang iaitu Motorloan.my yang menawarkan pembiayaan motosikal-motosikal dari MForce dengan lebih mudah dan lebih cepat.

Turut menanti para pelanggan ialah pemilihan motosikal yang sedang dipromosi pada nilai pembayaran yang lebih rendah. Contohnya, harga bayaran bulanan (BIASA) bagi WMOTO RT3S ialah RM414 tetapi menerusi promosi yang ditawarkan, nilai bayaran hanya RM395 sahaja.

Menerusi Motorloan.my, pelanggan tidak perlu membuang masa menghubungi pengedar bagi urusan pembiayaan dan pembelian lagi.

Ini kerana: Motorloan.my menawarkan empat langkah mudah. Pelanggan hanya perlu:

  • Pilih model motosikal
  • Pilih terma pembiayaan dan pengedar (lokasi terdekat atau terma terbaik) – bergantung kepada pilihan pelanggan sendiri
  • terima surat Kelulusan Bersyarat
  • kemukakan dokumen yang diperlukan
  • sudah boleh membawa pulang motosikal

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SHENMA Credit, Joseph Chong berkata: “Proses pembiayaan dipermudahkan dengan sistem e-KYC (Electronic Know Your Customer) yang memastikan identiti pelanggan disahkan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, pembiayaan motosikal ditawarkan SHENMA Credit juga mematuhi Shariah. Motorloan.my menawarkan pelbagai motosikal dari MForce dari motosikal yang berkapasiti kecil hingga bersesaran lebih besar termasuk pembiayaan istimewa bagi pembelian motosikal elektrik (EV).

Bagi yang berminat, boleh layari Motorloan.my untuk maklumat lebih lanjut. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.