RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Jun 2024

Adik Tetak Abang Berebut Motosikal??

ALOR GAJAH – Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan abang kandungnya menggunakan sebilah parang gara-gara mangsa enggan meminjamkan motosikalnya, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Tuah Md. Ali, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan sebilah parang terhadap abang kandungnya, Muhammad Redza Md. Dali berusia 34 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 8.40 malam di sebuah rumah bernombor, Kampung Melayan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru dalam daerah Alor Gajah pada 5 Jun lalu. Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 362(A) kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan, selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga
kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya membuat kerja-kerja kampung. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat dipohon pihak pendakwaan. Tarikh 22 Julai depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

Pada 7 Jun lalu, KOSMO! ada melaporkan seorang peniaga mengalami kecederaan parah di bahagian tangannya selepas ditetak adik kandung gara-gara enggan meminjamkan motosikalnya kepada suspek di Kampung Nelayan Kuala Linggi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa mengalami putus urat di bahagian tangan kiri sehingga menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan. RR

sumber: kosmo.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.