RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2018

Santai Anak Utara Kelima!

Ini merupakan penganjuran acara Santai Anak Utara (SAU) untuk kali ke5. Ketika ingin membuat penganjuran untuk tahun ini, penganjur menyasarkan lebih kurang 30,000 orang pengunjung akan turun ke Santai Anak Utara 5.0. Sememangnya ia cukup mudah untuk dicapai kerana acara ini sangat dinantinantikan oleh 'anak-anak' utara dan tidak lupa juga daripada rakan-rakan motosikal dari seluruh Malaysia.

Menurut Acai atau Mohd Safiuddin Elias, matlamat utama penganjuran SAU ini ialah untuk mengabungkan semua rider dari empat buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Tapi untuk SAU 2017, terdapat pembaharuan lebih istimewa dan luar biasa kerana turut disokong oleh para pencinta motosikal dari Pantai Timur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Disebabkan acara ini hanya dianjurkan selama sehari di tapak Aman Mall Sungai Petani, Kedah, ramai di antara rider-rider yang jauh memulakan perjalanan sejak pada hari Jumaat (6hb Oktober 2017) manakala dari Johor mula bergerak di sebelah malam. Dalam puluhan ribu pengunjung yang hadir, terdapat seorang rider OKU yang turut tidak mahu melepaskan peluang bergembira di SAU kali ini. Dia menunggang skuternya dari Seberang Jaya bersendirian dan inilah pengalamannya menyertai acara ini.

Pada 7hb Oktober, lebih kurang 2.30 petang, tapak penganjuran cukup meriah dengan ketibaan YB Datuk Seri Ahmad Bashah Mat Hanipah, Menteri Besar Kedah. Dalam ucapan, beliau menegaskan bahawa program seperti ini bukan saja memberi peluang untuk anak muda berjumpa dengan rakan-rakan malah berkesempatan untuk mendapatkan nasihat dan bertukar pendapat di antara satu sama lain. Menteri Besar turut memberi kelulusan untuk program SAU 6.0 2018.

Beliau menambah bahawa kerajaan memandang serius dengan isu berkaitan lumba haram dan merempit di jalan raya. Kerajaan tidak mahu anak muda menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba dan untuk mengekang gejalan ini, satu litar lumba akan diwujudkan di Kedah khusus untuk golongan muda yang berminat dalam sukan permotoran.

Lebih kurang 62 buah gerai jualan dan pameran dibuka untuk orang ramai yang berkunjung. Terdapat berbagai rekaan baju-t menarik dan aksesori motosikal yang menjadi perhatian. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan. Acara cabutan bertuah pada hari itu menawarkan hadiahhadiah yang bernilai RM195,000 dan antaranya ialah 11 buah motosikal Yamaha Y15ZR, sebuah Yamaha 125ZR, topi keledar, jam tangan, baju-t, minyak enjin dan banyak lagi. Kemeriahan acara kali ini turut disumbangkan dengan kehadiran pelawak terkenal Mazlan Ahmad atau lebih popular dengan panggilan Lan Pet Pet selaku pengacara majlis. Gayanya yang bersahaja membuatkan para pengunjung tidak kering gusi.

Pihak Honda mengadakan 'servis percuma' kepada semua pemilik motosikal Honda yang berkunjung ke gerai mereka pada hari tersebut. GIVI hadir bersama 'The Red Explorer'nya yang menawarkan pelbagai pakaian menunggang menarik seperti topi keledar termasuk model istimewa Shahrol Yuzy, jaket, baju-t dan lain-lain.

Sepasang suami isteri iaitu Mohd Alfishahrin dan Diana Ann yang telah mengelilingi dunia dengan menunggang Honda RS150 selama lebih kurang lima bulan.

Perjalanan pasangan ini telah merangkumi beberapa buah negara seperti Nepal - India - Pakistan - Iran -  Armenia Georgia - Turki - Greece - Albania - Italy - Montenegro - Bosnia - Croatia - Austria - Switzerland - Jerman - Belgium - Belanda - Perancis - London. Memang cukup mengagumkan!

Selepas bekerja keras demi memastikan penganjuran SAU 5.0 berjaya dengan lancar, akhirnya SAU telah melabuhkan tirainya kira-kira pada jam 6.30petang. Pihak penganjur amat berpuas hati dengan acara kali ini dan berharap SAU 6.0 2018 akan lebih hebat daripada tahun ini. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.