RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2024

Gadis Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

ALOR GAJAH – Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilaporkan telah bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika cuba memotong kenderaan di Jalan Telok Gong.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Syakirul Farha Mohd. Redhuan, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dalam perjalanan dari arah Kuala Sungai Baru menuju ke Pengkalan Balak.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Setiba di lokasi, mangsa telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan motosikal lain jenis Yamaha 135LC yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah bertentangan.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Akibat kemalangan itu, gadis tersebut yang bekerja di sebuah cafe mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” kata Ashari Abu Samah kepada pemberita.

Mengulas lanjut beliau berkata, penunggang lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah mengalami kecederaan pada bahagian muka kanan dan turut patah kaki kanan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan penunggang lelaki tersebut sedang dirawat di hospital sama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi mata yang melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.