RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Julai 2024

Kemalangan Motosikal Korbankan Bapa & Anak

JERANTUT - Perjalanan empat beranak untuk pulang ke rumah sewa mereka bertukar tragedi selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM)18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengorbankan seorang bapa bersama anak lelakinya yang berusia enam tahun, manakala isteri dan seorang lagi anak mereka cedera.

Kredit Foto: Saluran Telegram IKJB 2024.
Kredit Foto: Saluran Telegram IKJB 2024.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa dikenali sebagai Muhamad Isyam Abdullah Sani, 43, yang juga merupakan seorang tukang rumah manakala anaknya, Muhammad Aisy Afnan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, isteri mangsa, Munirah Mahmood berusia 28, dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Umar Affan, 4 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.

"Hasil siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz bersama isteri dan dua anak lelaki mereka dalam arah perjalanan dari rumah ibu mentua menghala balik ke rumah sewanya yang terletak di Taman Bukit Ketupat.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa gagal dikawal dengan baik menyebabkan terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.