RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Julai 2024

Penunggang 'Superbike' Maut Nahas di Lebuhraya Karak

GOMBAK - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22.8, Lebuhraya Karak di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan itu pada jam 1 pagi.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan itu telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal jenis Kawasaki yang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kredit foto: Saluran Telegram IKJB 2024.
Kredit foto: Saluran Telegram IKJB 2024.

Noor Ariffin berkata, motosikal mangsa kemudian telah jatuh di atas jalan raya dan bergesel dengan dua motosikal jenis Kawasaki yang ditunggang oleh dua lelaki berusia 27 dan 46 tahun.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi lelaki cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.