RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Julai 2024

Art of Speed 2024 – Terima Sambutan Hebat

Acara Old-Skool & Kustom Kulture, Art of Speed (AOS) sekali lagi hadir dalam kalendar pencinta dua dan empat roda pada 27-28 Julai 2024 yang lalu. Seperti sebelum ini, penganjuran tahun ini sekali lagi telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan penerimaan kunjungan yang cukup mantap.

AOS juga mengundang tetamu-tetamu antarabangsa khususnya dalam ‘genre’ kustom untuk bertemu dan beramah-mesra dengan pengunjung-pengunjung AOS 2024.

Antara yang hadir ialah Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii dari MOONEYES; Jepun, ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Fat Five Racing, STOOP Motorcycles, Jepun - menampilkan Harley-Davidson Panhead kustom milik Masato Ikemori, Nigel Petrie dari Engineered To Slide, Australia, Little Boy Cycles, Thailand (Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024), Fahmi Freeflow, Indonesia, Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapura, Kustomfest, Indonesia, Borneo Kustom Show, Brunei dan ramai lagi.

AOS Invitational Build-Off tahun ini menampilkan 10 orang pembina automotif bertanding untuk hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00. Kesemua pilihan juri dan pilihan umum telah sebulat suara menobatkan Irwann Cheng dari FNG Works sebagai pemenang, dengan binaan RXZ Twin Boss V2 yang menakjubkan.

Dengan kemenangan tersebut, FNG Works membawa pulang hadiah wang tunai dan akan membawa motosikal kustom mereka ke Jepun untuk 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show.

Acara The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi ke Dewan C untuk peminat-peminat dan pengumpul jenama die-cast. AOS 2024 merasmikan pelancaran modal die-cast eksklusif konvensyen pertama dari Mattel untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka - Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.

AOS 2024 juga berkolaborasi bersama Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; "Stop The Violence", melayari daripada bola sepak kepada gaya hidup automotif.

Aktiviti tambahan AOS 2024 terdiri daripada:

  • Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Food Park - Vendor dan foodtrucks
  • Bazar vintaj automobil
  • Pelancaran produk
  • Test Ride Zone untuk mereka yang ingin mencuba beberapa jenama motosikal yang dipamerkan

Tidak seperti edisi penganjuran sebelum ini, SoundCircus Takeover oleh AOS kali ini tidak lagi diadakan di luar dewan, sebaliknya mengambil alih Dewan A. Band kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi hadir memeriahkan ribuan para pengunjung.

Akhir sekali, pengunjung diberi peluang untuk merasai peluang cabutan bertuah. Pada hari Sabtu, hadiah cabutan bertuah merupakan Perjalanan berbayar ke Jepun untuk menghadiri 32nd Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 yang dimenangi oleh Fitri Wahyudi B Suparno.

Hadiah utama untuk hari kedua pula ialah sebuah Honda Jazz yang telah dimodifikasi hasil kerjasama antara AOS X QARTEL TV yang menjadi milik Muhammad Farish B Mohd Fadzil.

Turut diadakan ialah pelbagai anugerah khas mengikut jenis acara yang dipertandingan seperti Best of Show Motorcycle, Public Choice Award, Invitation Bike Build Off, Custom Kings by Harley Davidson, Best Display Car, Mooneyes Pick, Katie's Custom Pick, Engineered To Slide Pick dan lain-lain.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di http://www.artofspeed.my.com atau http://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/ RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.