RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Ogos 2024

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Motosikal Di Persiaran Raja Muda Musa

KLANG - Aktiviti kumpulan yang menunggang motosikal secara berbahaya di Persiaran Raja Muda Musa, di sini pada Ahad, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut kemalangan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi membabitkan empat motosikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha Lagenda 115Z, Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X yang ditunggang secara laju.

Foto: tangkap layar video tular di sosial media.
Foto: tangkap layar video tular di sosial media.

Katanya, kemalangan berlaku apabila beberapa kumpulan motosikal terbabit melakukan aksi berbahaya di sepanjang jalan bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang serta berpatah balik dengan membuat beberapa pusingan.

"Salah sebuah motosikal yang berada di kumpulan itu bagaimanapun terbabas sebelum dirempuh beberapa motosikal lain.

Foto: tangkap layar video tular di sosial media.
Foto: tangkap layar video tular di sosial media.

"Kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki berusia 16 dan 21 tahun meninggal dunia. Seorang maut di lokasi kejadian, manakala seorang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, lokasi itu sering dikesan dijadikan litar atau medan golongan remaja terutama pada malam minggu biar pun operasi sudah dilaksanakan polis.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu diminta untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Khairul Nizam di talian 010-2452144," ujarnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.