RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Ogos 2024

Produksi Harley-Davidson Berpindah ke Thailand. Ramai Kakitangan Takut 'Periuk Nasi' Terjejas

Berikutan dengan keadaan ekonomi di USA yang semakin tidak stabil, pengeluar motosikal ikonik, Harley-Davidson (H-D) membuat keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluarannya ke Thailand baru-baru ini.

Keputusan itu memberi keresahan buat kakitangan H-D di Wisconsin dan Pennsylvania dengan beranggapan bahawa jika lebih banyak pengeluaran motosikal khususnya untuk siri Sport dan Pan America ke Thailand, pekerjaan mereka akan turut 'hilang' bersama.

Pada tahun 2019, hampir 600 kakitangan H-D dan Syncreon di Kansas City telah hilang pekerjaan apabila syarikat itu menutup fasiliti pembinaan. Pihak H-D kemudiannya mendakwa kilang di Thailand hanya untuk pasaran di Asia dan Eropah.

Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.

Kilang H-D di Thailand telah dibina pada 2018, dan walaupun langkah ini telah mengecewakan ramai pekerja di kesatuan sekerja AS, ia disifatkan sebagai hanya langkah sementara.

Kenyataan daripada syarikat itu berkata: "Sebagai sebahagian daripada keseluruhan strategi pengoptimuman pembuatan kami, Harley-Davidson akan mengalihkan sementara pengeluaran model bukan teras Revolution Max seperti (Pan America, Sportster S, Nightster), ke Thailand dengan tumpuan untuk model tahun 2025."

Walaupun begitu, pihak kesatuan pekerja 'International Association of Machinists and Aerospace Workers (IAM)' membuat keputusan untuk menentang keputusan ini yang dianggap ''sudah keterlaluan'. "Harley-Davidson 'perlu kembali mencari jalan penyelesaian agar dapat mengekalkan pengeluaran motosikal lebih-lebih lagi Siri Sport dan Pan America di tempat asalnya, USA. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.