RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2024

Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha 2024 - Terima Anugerah Malaysia Book of Records

Tahniah buat 11 penunggang wanita yang telah menyempurnakan perjalanan penuh mencabar dengan jarak keseluruhan 2,518 kilometer merangkumi 10 perhentian hampir di seluruh semenanjung Malaysia. Pengembaraan epik Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha 2024 ini dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) bermula pada tanggal 17 Ogos lalu bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, destinasi paling selatan di benua Asia.

Kehadiran En. Tim Hoo 'depan' menambah kemeriahan konvoi Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha.
Kehadiran En. Tim Hoo 'depan' menambah kemeriahan konvoi Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha.

Dewi-dewi Yamaha yang kental ini terdiri daripada Norain Zainol (Krew Marshal), Nurhanida Mohd Darus, Perumdhevi Krisnan, Nur Azsidah A Rahman, Ika Hartika Mohd Fikri, Nor Arasyah Mohd Sani, Nurrizzati Sharuddin, Norfatiha Nordin, Rina Azilah Dolah, Nor Safinah Ahmad Sopian dan Hamidah @ Azian Abu Bakar.

Turut menyempurnakan pengembaraan ini adalah kakitangan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd yang terdiri daripada En. Lee Chan Wee (Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran, Motorsport & Communication HLYM), Puan Nurul Farzana (Pengurus CSR, Pembangunan Pengedar & Pelanggan), En. Daniel Phoon (Pengurus CSR, Pembangunan Pengedar & YRA), Puan Norhadzilah (Eksekutif META & CRS) dan Puan Intan Suraya (Koordinator Lifestyle Station).

Jelajah Semenanjung ini dipimpin oleh para krew marshal berpengalaman dari HLYM iaitu Jalaludin, Zaidi, Abd Rahman, Abd Halim dan Norain. Dari Tanjung Piai, konvoi bergerak ke beberapa lokasi yang dijadualkan dengan rapi untuk berehat, menjamu selera, mengikuti acara di pusat pengedar Yamaha dan bermalam.

Antara bandar dan lokasi persinggahan 'ride' Dewi Yamaha ini ialah Kuantan, Kuala Terenggganu, Kota Bharu, Royal Belum, Perai, Ipoh, Sekinchan, Damansara, Alor Gajah, Tampoi dan menutup tirainya di Iskandar Puteri bersempena dengan penganjuran Karnival Gen Blu 2024.

Kepenatan, mengantuk dan letih sehingga hilang tumpuan adalah ujian mental yang perlu diatasi oleh setiap penunggang motosikal khususnya yang ingin melakukan pengembaraan. Di sinilah tugas para krew marshal amat diperlukan agar perjalanan dapat diteruskan dengan selamat.

Setiap peserta disambut dengan cukup meriah sebaik tiba beberapa tempat kunjungan seperti di Noor Arfa Batik (Terengganu) dan di setiap pusat pengedar Yamaha yang dikunjungi (Pulau Pinang & Johor Bahru).

Bermula dari Pantai Timur, perjalanan lebih mengujakan apabila disertai En. Lee Chan Wee di Terengganu manakala En. Tim Hoo (Pengurus Besar Pemasaran & META HLYM) bermula di Kota Bharu, masing-masing menunggangTracer GT dan Yamaha TMAX 560 hingga ke Pulau Pinang.

Dari Kota Bharu, perjalanan diteruskan hingga ke Royal Belum. Ia adalah destinasi paling ditunggu-tunggu oleh para peserta. Antara aktiviti di sana ialah menikmati keindahan alam di Air Terjun Sungai Koi dan menyantuni masyarakat orang asli suku Jahai di Kampung Kelewang.

Kampung Kelewang yang menempatkan sekitar 150 orang penduduk.
Kampung Kelewang yang menempatkan sekitar 150 orang penduduk.

Pengembaraan ini ternyata mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara para peserta khususnya bersama kakitangan HLYM. Dengan semangat kekeluargaan ini, setiap halangan...setiap ujian telah dapat mereka atasi dengan jayanya.

Selepas mengharungi cabaran getir sejauh 2,518 kilometer di pelbagai jenis laluan, ragam pengguna jalan raya, mukabumi, cuaca yang tidak menentu dan gembira sedih bersama, DEWI-DEWI YAMAHA akhirnya berjaya menyelesaikan penjelajahan dengan sempurna. Lebih membanggakan apabila telah menerima anugerah Malaysia Book of Records untuk Perjalanan Paling Jauh Konvoi Wanita.

Tahniah buat semua!!! Dewi Yamaha.... Bijak! Berani! Siap Sedia! RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.