RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 September 2024

Kemalangan Maut Motosikal Langgar Tong Roro

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang membonceng motosikal bersama abangnya maut selepas merempuh tong roro yang berada di laluan kecemasan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Nur Afiqah Sofea Hazlin dan Muhammad Amirul Hazlin, 18, menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Amirul disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam manakala adiknya pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ayer Keroh menghala ke Sungai Udang.

“Semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang terlibat dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

“Dalam kemalangan tersebut, adik-beradik itu mendapat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Tambah Christopher, polis sedang mengesan pemilik tong roro berkenaan manakala saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.