RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 September 2024

Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dipercayai mengelak lopak air di Persiaran Sultan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 3.11 petang.

"Mangsa lelaki tempatan berusia 48 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) ke pusat bandar Shah Alam.

"Sampai di lokasi mangsa dipercayai cuba mengelak lopak air di lorong paling kiri sebelum hilang kawalan lalu terbabas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa telah terjatuh di lorong paling kanan dan disebabkan cedera parah, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam. Saksi awam yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700