RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2024

Nyaris maut motosikal terbabas elak lori tiba-tiba membelok

SEPANG - Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas melanggar sebuah lori yang membelok secara mengejut dalam kejadian di Kilometer 48.7 Lebuhraya Dengkil-Puchong pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu, motosikal ditunggang lelaki tempatan berumur 27 tahun itu berjaya mengelak daripada melanggar bahagian sisi lori tersebut tetapi mengakibatkan motosikalnya terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintenden G Shan Gopal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan tiga kenderaan itu.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Jenayah/Kemalangan/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Jenayah/Kemalangan/Bencana Malaysia.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebuah lori dipandu di lorong kiri menghala ke arah Cyberjaya/Puchong didapati secara tiba-tiba membelok ke kiri menuju ke laluan susur keluar dari arah stesen minyak di lokasi kejadian.

"Masa sama, motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak keluar dari stesen minyak berkenaan kemudiannya tidak sempat mengelak sebelum melanggar lori tersebut mengakibatkannya mangsa terjatuh.

Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Jenayah/Kemalangan/Bencana Malaysia.
Kredit Foto: Saluran Telegram Info/Jenayah/Kemalangan/Bencana Malaysia.

"Sebuah kereta yang datang dari lorong kanan kemudiannya melanggar motosikal mangsa yang terbabas di atas jalan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kejadian mengakibatkan mangsa mengalami cedera ringan selain luka dan calar di tangan serta kepala.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.