RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Oktober 2024

Heret Kucing Guna Motosikal, Lelaki Warga Bangladesh Didakwa

Shah Alam - Seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan didakwa kerana mendatangkan kecederaan ke atas seekor kucing. Walaubagaimanapun, Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini.

Dia bersama seorang lagi individu didakwa kerana mengheret seekor kucing yang diikat alat penjerut dengan menaiki motosikal di sekitar kawasan perumahan Seksyen 31 pada 7hb September lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan boleh didenda minimum RM20,000 sehingga maksimum RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd Sharif Sabran mencadangkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, suspek juga perlu menyerahkan pasportnya kepada pihak mahkamah.

Peguam K Ragia yang mewakili OKS memohon jaminan minimum diambil kira kerana anak guamnya perlu menyara kelurga yang menetap di negara asal dengan gaji RM1,500 selain tidak mempunyai keluarga terdekat di Malaysia untuk membatu membayar ikat jamin.

"Pasport sudah diserahkan dan yakin anak guam saya tidak akan melarikan diri. Saya harap mahkamah boleh mempertimbangkan mengurangkan wang jaminan dengan jumlah yang bersesuaian," katanya.

Oleh itu, mahkamah telah membuat keputusan dengan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah serta perlu melaporkan diri detiap bulan di balai berdekatan sehingga kes selesai.

Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan Mohd Sharif untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapat seorang lagi individu warga asing yang turut dituduh bersama Monotosh namun gagal hadir ke mahkamah. RR

Sumber berita: http://www.bernama.com

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.