RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Oktober 2024

Honda BigWing Damansara Dirasmikan

Tahniah buat Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengembangkan lagi jenamanya dengan merasmikan pembukaan pusat sehenti jentera berkuasa tinggi iaitu Honda BigWing Damansara.

Honda BigWing Damansara diuruskan oleh Fast Bikes Sdn Bhd yang  terletak di kawasan strategik di lembah Klang bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda BigWing Damansara, Dato’ Razak Al-Malique Hussain bersama-sama Pengerusi Boon Siew Honda, Datuk Seri Tan Hui Jing dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase serta para VIP yang lain.

Dikenali dengan nama gelaran sebagai “The Destination for Riders”, pusat pengedar Honda Bigwing kelima ini mempunyai keluasan 7,000 kaki persegi. Pusat sehenti tersebut terdiri daripada bilik pameran yang menempatkan jentera Honda berkapasiti 250cc ke atas, pusat perkhidmatan, ruangan servis, Honda Riding Trainer, sudut aksesori dan alat ganti tulen dari BSH serta ruangan istirehat buat para pelanggan.

“Pembukaan Honda BigWing Damansara adalah komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan. Kami yakin lokasi baru ini dapat membantu memenuhi keperluan komuniti peminat motosikal berkuasa tinggi Hoda di Malaysia yang semakin berkembang,” kata En. Mitsuharu Funase.

Menurut Dato’ Razak Al-Malique, pihaknya amat komited sepenuh hati terhadap jenama Honda supaya pelaburan ini selaras dengan misi syarikat untuk menyumbang ke arah memartabatkan Fast Bikes Sdn Bhd dan Boon Siew Honda ke tahap yang lebih tinggi.

Honda BigWing Damansara dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat jam 9:00am hingga 6:00pm manakala untuk hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10:00am hingga 5:00pm. Bilik pameran ini terletak di alamat 3, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Para pelanggan dialu-alukan untuk hadir melihat jentera Honda dengan lebih dekat atau membuat temu janji servis dan penyelengaraan motosikal melalui platform digital Honda X atau hubungi 03-7960 9007 untuk maklumat lebih lanjut. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.