RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 November 2024

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Pagi semalam telah terjadinya satu kemalangan maut penunggang motosikal yang melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah trelar di kilometer 69.5, Lebuhraya Plus arah utara berhampiran Machap.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Abd Rahim Razali, seramai 12 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan dua jentera dari BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam untuk operasi menyelamat.

Pihaknya telah tiba ke tempat kejadian pada jam 9.36 pagi dan mendapati penunggang Yamaha MT09 yang berusia 33 tahun maut serta merta di lokasi kejadian. Manakala pemandu kereta jenis Honda Civic yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas.

Dua lelaki yang merupakan penumpang kereta Honda Civic berusia 25 dan 26 tahun turut mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Kemalangan ini juga turut melibatkan sebuah treler 40 tan yang dipandu oleh lelaki berusia 40 tahun. Pemandu teresebut tidak mengalami sebarang kecederaan. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my
Sumber gambar: Yang tular di media sosial Facebook

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700